Cari @ Amanz

Rovio sedia terkenal untuk permainan Angry Birds mereka, dan kini, pembangun permainan mudah-alih itu bekerjasama dengan DreamWorks dalam memperkenalkan permainan khas untuk animasi baru DreamWorks – The Croods.

Rovio - The Croods

Melalui permainan untuk iOS dan juga Android ini, pemain akan mengawal The Croods dalam membolehkan mereka meneroka lebih banyak kawasan, dan pada masa yang sama menangkap dan membela binatang liar.

Animasi ini akan ditayangkan di pawagam bermula 22 Mac, dan Rovio terlebih dahulu akan memperkenalkan permainan mudah-alih untuknya pada 14 Mac bagi pengguna Android dan juga iOS. Mungkin kita akan dapat melihat bentuk permainannya dengan lebih baik setelah ia dilancarkan kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd