MWC 2013 – NVIDIA Project Shield

MWC 2013 – NVIDIA Project Shield

Diterbitkan pada Mac 3, 2013 oleh .

Liputan dari Mobile World Congress 2013 dibawakan oleh Acer Malaysia khas untuk pembaca Amanz.

Pada Mobile World Congress 2013, salah satu perkara yang turut diperlihatkan adalah konsol permainan mudah-alih daripada NVIDIA, iaitu Project Shield.

Project Shiled

Konsol permainan mudah-alih daripada NVIDIA ini dijana menggunakan cip pemprosesan milik NVIDIA sendiri, iaitu Tegra 4, serta menggunakan Android Jelly Bean sebagai sistem operasinya. Dari segi paparan skrin, ia tampak jelas, dan sememangnya kelihatan agak menarik untuk memainkan pelbagai permainan menggunakannya. Project Shield ini juga dikatakan menyokong paparan resolusi sehingga 4K.

Untuk makluman, selain daripada hanya memainkan permainan menggunakan Project Shield itu sendiri, ia juga turut boleh dihubungkan pada komputer dan menggunakan konsol mudah-alih tersebut sebagai alat kawalan untuknya.

Buat masa ini, harga jualan Project Shield ini masih tidak diketahui. Ia dijangka akan dilancarkan di beberapa buah negara seawal suku kedua tahun ini.

Liputan dari Mobile World Congress 2013 dibawakan oleh Acer Malaysia khas untuk pembaca Amanz.


TIPS & ULASAN