MWC 2013 – Nokia Asha 301

MWC 2013 – Nokia Asha 301

Diterbitkan pada Mac 3, 2013 oleh .

Liputan dari Mobile World Congress 2013 dibawakan oleh Acer Malaysia khas untuk pembaca Amanz.

Nokia Asha 301

Selain daripada telefon pintar Lumia 520 dan juga Lumia 720, pada Mobile World Congress 2013 di Barcelona juga, pihak Nokia memperkenalkan dua telefon bimbit dengan sokongan internet (feature phone, dimana salah satunya adalah Nokia Asha 301.

Nokia Asha 301 didatangkan dengan kebolehan untuk menonton video daripada YouTube, ataupun menghantar mesej melalui WhatsApp, selain fungsi sosial seperti Facebook dan Twitter pada ia.

Untuk tujuan penghantaran dan penerimaan emel, Nokia juga turut menyertakan sokongan asas Mail for Exchange pada Asha 301.

Selain sokongan internet dan laman sosial, salah satu perkara yang turut diberikan perhatian pada Asha 301 adalah sokongan rakaman gambar. Salah satunya adalah kebolehan untuk merakamkan gambar sendiri menggunakan kamera belakang, dinamakan Self-Potrait. Selain itu, sokongan rakaman lain seperti Sequence dan juga Panorama turut disertakan pada Asha 301 ini.

Dari segi masa bertahan bateri pula, Nokia Asha 301 ini dikatakan menyokong masa bertahan melebihi 30 hari untuk variasi dwi-SIM ataupun satu-SIM. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah peranti ini akan memasuki pasaran Malaysia secara rasminya.

Liputan dari Mobile World Congress 2013 dibawakan oleh Acer Malaysia khas untuk pembaca Amanz.


TIPS & ULASAN