(Ura-Ura) Acer Bakal Hadir Dengan Phablet Bersaiz Sekitar 5-inci

(Ura-Ura) Acer Bakal Hadir Dengan Phablet Bersaiz Sekitar 5-inci

Diterbitkan pada Mac 3, 2013 oleh .

Acer kini selain daripada hadir dengan beberapa komputer riba yang menarik, kelihatan turut sama memfokuskan kepada arena peranti mudah-alih pada tahun ini. Mengikut ura-ura terbaru, ia dikatakan gergasi dari Taiwan ini turut sama akan hadir dengan phablet tersendiri tidak lama lagi.

Pada tahun ini, Acer sedia memperkenalkan beberapa peranti baru, termasuk tablet dan telefon pintar pada harga mampu-milik, iaitu Acer Iconia B1 dan juga Acer Liquid Z2. Namun, semestinya ramai yang menantikan peranti mudah-alih daripada Acer sekitar 5-inci, yang mana dikategorikan pada keluarga phablet.

Ia dikatakan akan dijenamakan bawah keluarga Acer Liquid S, serta menggunakan cip pemprosesan empat-teras. Maklumat lain berkenaan dengan peranti ini masih tidak diketahui sepenuhnya buat masa ini. Ia juga tidak diketahui bilakah peranti phablet daripada Acer ini akan dilancarkan.


TIPS & ULASAN