Trailer Pertama Assassin’s Creed IV : Black Flag Tertiris Ke Web

Trailer Pertama Assassin’s Creed IV : Black Flag Tertiris Ke Web

Diterbitkan pada Mac 3, 2013 oleh .

Assassin's Creed IVDengan pelancaran Assasin’s Creed 3 sebelum ini, semestinya ramai peminatnya menantikan versi terbaru permainan tersebut, dan kini sebuah video trailer untuk permainan Assassin’s Creed IV kelihatan tertiris ke arena web.

Pihak Ubisoft sendiri dijangka akan memperkenalkannya secara rasmi esok, melalui sebuah halaman rasmi untuknya. Namun, kini, dengan ia tertiris ke arena web, sekaligus memperlihatkan apakah yang bakal dibawakan oleh Ubisoft melalui permainan terbaru mereka kelak.

Daripada apa yang kelihatan, permainan terbaru Assassin’s Creed ini kelihatan memfokuskan kepada dunia lanun, menaiki kapal laut dan sebagainya. Sekiranya apa yang diperlihatkan pada video yang tertiris ini benar, maka kita akan dapat melihat permainan terbaru dari Ubisoft ini seawal 29 Oktober kelak, dan mungkin menyokong pelbagai konsol generasi baru yang akan dilancarkan pada tahun ini.

Jadi, apa kata anda berkenaan dengan permainan Assassin’s Creed IV Black Flag ini?


TIPS & ULASAN