Cari @ Amanz
  • Info
  • Liputan dari Mobile World Congress 2013 dibawakan oleh Acer Malaysia khas untuk pembaca Amanz.

Bolehkah Firefox OS bersaing dengan platform lain?Umum mungkin sedia maklum berkenaan dengan Firefox OS daripada Mozilla, yang mana merupakan platform mudah-alih berasaskan HTML5 daripada pembangun pelayar web tersebut. Beberapa peranti baru turut telah diumumkan, selain beberapa pengeluar termasuk Sony yang menyatakan sokongan untuk platform tersebut.

Firefox OS dibangunkan berasaskan HTML5 sepenuhnya, membolehkan pengguna menikmati pelbagai perkhidmatan mudah-alih terus pada peranti mereka. Mozilla juga kelihatan mensasarkan untuk menyertai industri peranti pintar pada harga bajet melalui platform mereka.

Memandang ia berasaskan web, salah satu kelebihan yang boleh dikatakan adalah dimana pengguna boleh pin sesuatu laman web terus pada halaman utamanya, dan mengaksesnya sebagai sebuah aplikasi. Ini mungkin berguna untuk beberapa perkhidmatan sedia ada yang telah sedia mengoptimasikan laman web mereka untuk peranti pelbagai saiz.

FirefoxOS turut sama menyertakan sebuah kedai aplikasi mereka tersendiri, dinamakan sebagai Firefox Marketplace. Mozilla mengatakan sesiapa sahaja boleh mengubah-suai mengikut citarasa tersendiri, termasuk syarikat telekomunikasi yang ingin menawarkan sesuatu yang eksklusif dan tersendiri kepada pelanggan mereka.

Alcatel One Touch Fire

Buat masa ini, dua peranti telah diumumkan secara rasmi, iaitu daripada ZTE dan juga Alcatel, selain Huawei, LG dan juga Sony yang menyatakan sokongan untuknya.

Dari penggunaan kami untuk seketika di Mobile World Congress 2013, Firefox OS kelihatan tidak membawakan sebarang perkara yang menarik, apatah lagi dengan antaramuka yang menyerupai beberapa platform sedia ada.

Disamping itu, mungkin juga Firefox OS perlu bersaing dalam pelbagai perkara, terutamanya dengan pengeluar seperti Huawei, ZTE, Acer malah Samsung sendiri yang hadir dengan peranti-peranti Android pada harga bajet.

Ia tidak diketahui lagi bilakah peranti menggunakan Firefox OS akan memasuki pasaran tempatan.

ZTE Open

Jadi, untuk anda, adakah anda akan mendapatkan peranti berasaskan Firefox OS ini, ataupun kekal dengan beberapa platform sedia ada, seperti Android, Windows Phone dan lain-lain?

  • Info
  • Liputan dari Mobile World Congress 2013 dibawakan oleh Acer Malaysia khas untuk pembaca Amanz.
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd