NANAS – Salah Satu Framework Pembangunan Web Dari Pembangun Tempatan

NANAS – Salah Satu Framework Pembangunan Web Dari Pembangun Tempatan

Diterbitkan pada Mac 4, 2013 oleh .

NANASTerdapat pelbagai pilihan framework daripada pembangun seluruh dunia untuk memudahkan proses pembangunan web dan pengaturcaraan. Terkini, salah satu framework daripada pembangun tempatan memfokuskan kepada pembangun berasaskan PHP adalah NANAS.

Daripada apa yang diterangkan oleh pembangunnya melalui laman rasmi,

NANAS amat sesuai digunakan untuk programmer yang mahu berjinak-jinak dengan framework PHP. Jika kamu mahu cuba pakai CodeIgniter, atau bake code guna CakePhp, NANAS platform terbaik untuk kamu untuk memahami dan memanipulasi konsep MVC

Segala pembangunannya dilesenkan dibawah GNU General Public License, dan bagi mereka yang berminat boleh menyumbangkan kepakaran dalam pembangunan, sekaligus membantu para pembangun yang menggunakan framework NANAS ini.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh merujuk kepada laman rasminya, ataupun mengikuti pelbagai perkembangan semasa melalui halaman GitHub untuknya.


TIPS & ULASAN