MinimaList – Aplikasi Windows 8 Yang Menarik Untuk Pengurusan Tugasan

Diterbitkan pada Mac 4, 2013. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Terdapat beberapa aplikasi yang memudahkan to-do-list, dan salah satunya untuk Windows 8 adalah MinimaList. Dari segi nama sendiri, pengguna mungkin sedia maklum, ia membawakan rekabentuk yang minimalis, kemas, dan mudah untuk digunakan.

MinimaList

Melalui aplikasi ini, pengguna boleh membuat beberapa kategori tugasan, dan kemudian menambah apakah perkara yang ingin dilakukan. Aplikasi ini, selain boleh dikendalikan menggunakan desktop biasa, ia juga turut dioptimasikan untuk digunakan bersama-sama skrin sentuh.

Dengan integrasi CharmBar, pengguna juga boleh membuat carian untuk sesuatu perkara dengan mudah menggunakan aplikasi ini.

Bagi pengguna Windows 8 yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma daripada Windows Store hari ini, dan menggunakannya dalam pengurusan harian anda.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami