Carian
Astro On-The-Go Kini Boleh Diakses Pengguna Malaysia Di Serata Dunia
March 4, 2013 Aman

Setelah hanya terhad untuk pengguna yang mengakses menggunakan IP Malaysia sahaja sebelum ini, hari ini, Astro telah memperluaskan perkhidmatan Astro On-The-Go mereka, untuk diakses oleh pengguna Malaysia dari mana-mana negara di seluruh dunia.

Astro On-The-Go

Untuk mereka yang tidak mengenai Astro On-The-Go, ia merupakan salah satu perkhidmatan daripada Astro, membolehkan pengguna mengakses kandungan dan beberapa saluran Astro terus pada pelayar web, ataupun pada peranti iOS dan Android melalui aplikasi khas untuknya.

Sebagai pengenalan, pengguna yang kini di luar negara boleh mendaftar dan menikmati beberapa saluran, termasuk Astro Awani, dan juga Astro Arena melalui Astro On-The-Go. Astro dijangka akan menambah lebih banyak kandungan pada perkhidmatan mereka itu pada fasa kedua kelak, dan akses ke Video On Demand melalui fasa ketiga.

Sejak dilancarkan pada bulan Mei 2012 yang lepas, Astro mengatakan aplikasi Astro On-The-Go telah dimuat-turun lebih 400,000 kali, sekaligus memperlihatkan pengguna meminati perkhidmatan tersebut. Di Malaysia, melalui Astro On-The-Go, pengguna boleh menikmati lebih 21 saluran dan beberapa perkhidmatan tambahan lain, dengan bayaran sebanyak RM25 setiap bulan.

Komen