Cari @ Amanz

Conquest of PutrajayaDengan pilihan raya yang semakin dekat, mungkin kita akan dapat beberapa permainan yang bertema akan mengenainya, dan salah satu yang terbaru diperkenalkan untuk pengguna Android dan juga Facebook adalah Conquest of Putrajaya.

Permainan ini membawakan genre berbentuk pertahanan, dimana pemain perlu mempertahankan kawasan mereka, dan menghantar beberapa watak dalam menewaskan pihak lawan. Sebanyak lima bandar disediakan, dan permainan ini membawakan rekabentuk yang agak menarik berbanding beberapa yang lain.

Bagi mereka yang berminat, mungkin boleh mendapatkannya dengan memuat-turun secara percuma daripada Google Play Store, ataupun memainkan permainan tersebut di Facebook hari ini.


© 2024 Amanz Media Sdn Bhd