MWC 2013 – Sailfish OS Daripada Jolla

MWC 2013 – Sailfish OS Daripada Jolla

Diterbitkan pada Mac 4, 2013 oleh .

Sistem operasi dengan rekabentuk antaramuka futuristik.Jolla telah memperlihatkan sistem operasi mudah-alih mereka Sailfish OS pada bulan November yang lepas, dimana merupakan evolusi daripada sistem operasi MeeGo, dan pada MWC 2013 yang diadakan di Barcelona minggu lepas, kami telah berpeluang untuk mencubanya sendiri.

Antaramuka

Jolla Sailfish OSSailfish OS daripada Jolla boleh dikatakan membawakan antaramuka yang agak unik, berbeza dengan pelbagai platform operasi pada masa kini. Seperti semua sedia maklum, Jolla memperkenalkan sistem operasi berasaskan gesture sepenuhnya, sekaligus membolehkan pengguna menikmati peranti mudah-alih mereka tanpa perlu menekan sebarang butang.

Dari skrin kunci sehingga ke aplikasi, segalanya disusun secara teratur, dimana pengguna hanya perlu mentatal ke bawah untuk berpindah dari satu skrin ke skrin yang lain.

Sailfish OS disusun dengan paparan skrin kekunci, dengan memperlihatkan notifikasi seperti SMS, emel, dan sebagainya. Apabila pengguna mentatal ke bawah, ia memperlihatkan aplikasi yang berjalan dalam sebuah tetingkap kecil. Menariknya, aplikasi ini berjalan di latar, dan pengguna boleh mengawal terus daripada paparan tetingkap kecil tanpa perlu membuka sesuatu aplikasi itu sendiri.

Dan seterusnya, apabila pengguna mentatal ke bawah lagi sekali, mereka akan dapat melihat senarai aplikasi yang terpasang pada peranti mereka.

Sokongan Aplikasi

Pada hari ini, boleh dikatakan salah satu pertanyaan yang sering hadir dikalangan pengguna adalah berkenaan dengan sokongan aplikasi.

Untuk Sailfish OS ia menyokong aplikasi berasaskan Qt/QML dan juga HTML5. Menariknya, aplikasi Android juga disokong pada platform ini, membolehkan pengguna menjalankan fail berbentuk APK terus pada sistem operasi tersebut.

jolla-sailfishos_02

Peranti

Peranti yang menjalankan Sailfish OS ini dijangka akan hadir daripada Jolla pada penghujung tahun ini, dan dijangka akan dipasarkan dibeberapa buah negara ketika awal pengenalannya, termasuk China. Info berkenaan bilakah ia akan memasuki pasaran Malaysia masih tidak diketahui lagi.

Apabila dibandingkan dengan beberapa pengeluar platform operasi lain, seperti FirefoxOS, Ubuntu Touch dan sebagainya, Sailfish boleh dikatakan mempunyai kelebihan, apatah lagi pasukan disebaliknya pernah membangunkan peranti Nokia N9 yang masih mempunyai permintaan pada hari ini.

Kepakaran mereka boleh dikatakan memberikan lebih pengalaman dalam mengoptimasikan sistem operasi untuk sesuatu peranti. Ia juga diperkatakan Sailfish OS akan menyertakan sokongan heptic feedback, membolehkan pengguna mengawal dan mengendalikan peranti walaupun tidak melihat skrin pada sesuatu masa.

Bagi kami sendiri, sekiranya dibandingkan dengan pelbagai platform operasi baru, semestinya Sailfish OS daripada Jolla ini salah satu yang dinantikan, dan ingin mencubanya dengan lebih menyeluruh. Sama-sama kita nantikan peranti pertama yang menggunakan sistem operasi ini pada penghujung tahun kelak.


TIPS & ULASAN