Samsung Menerbitkan Video Promosi Pertama Untuk Pelancaran Galaxy S4

Samsung Menerbitkan Video Promosi Pertama Untuk Pelancaran Galaxy S4

Diterbitkan pada Mac 4, 2013 oleh .

unpackedDengan semua sedia maklum berkenaan pelancaran Samsung Galaxy S4 pada 15 Mac ini (waktu Malaysia), kini nampaknya Samsung telah memulakan promosi untuk peranti berkenaan melalui sebuah video terbaru untuk Galaxy S4.

Namun, seperti biasa, tiada sebarang perkara yang diperlihatkan. Samsung kelihatan membuat iklan bersiri untuk promosinya itu, dan mungkin beberapa video lagi akan hadir sepanjang minggu ini sehingga pelancarannya pada minggu hadapan.

Mengikut ura-ura dan desas-desus sebelum ini, ia dikatakan Samsung akan hadir dengan peranti dengan skrin bersaiz 4.99-inci membawakan paparan 1080p, selain dijana menggunakan cip pemprosesan terbaru Samsung, memori sebanyak 2GB RAM, dan kamera 13-megapixel pada ia.

Sama-sama kita nantikan apakah yang bakal diumumkan oleh Samsung pada minggu hadapan.


TIPS & ULASAN