Carian
Jam Tangan Pintar Daripada Apple Mungkin Hadir Pada Penghujung Tahun Ini
March 5, 2013 Aman

Apple sedang dalam usaha mengatasi masalah ketahanan bateri pada iWatch buat masa ini.Desas-desus berkenaan dengan jam tangan pintar, ataupun turut dikenali ramai sebagai iWatch bukanlah sesuatu yang baru, dan kini beberapa info baru berkenaan dengannya mula kedengaran.

Daripada apa yang dilaporkan oleh Bloomberg, ia dikatakan jam tangan pintar daripada Apple ini kelak akan membolehkan pengguna membuat panggilan, menyemak Caller ID, mengakses kordinat peta, selain turut menyertakan pedometer pada peranti tersebut.

Ia dikatakan peranti ini akan dijana menggunakan sistem operasi iOS yang diubah suai, dan salah satu masalah yang dihadapi sekarang adalah masa ketahanan baterinya. Daripada ujian awal, ia dikatakan kini bertahan sekitar 2 hari, tetapi Apple inginkan peranti berkenaan bertahan sehingga 5 hari, lebih kurang seperti beberapa jenama lain di pasaran pada hari ini.

Sekiranya semua berjalan lancar, pihak Apple kelihatan mensasarkan tarikh pelancarannya sekitar penghujung tahun ini, lebih kurang sama dengan Google yang inginkan Google Glass dikeluarkan pada tahun ini.

Komen