Samsung Galaxy S4 Bakal Mengintegrasikan Sokongan Tatalan Automatik Berasaskan Gerakan Mata

Samsung Galaxy S4 Bakal Mengintegrasikan Sokongan Tatalan Automatik Berasaskan Gerakan Mata

Diterbitkan pada Mac 5, 2013 oleh .

Samsung UNPACKEDSamsung boleh dikatakan antara pengeluar peranti Android yang membawakan beberapa fungsi tambahan bersama-sama peranti mereka. Selepas sokongan SmartStay diperkenalkan pada Galaxy S3 sebelum ini, kini Samsung dikatakan akan menambah beberapa sokongan menarik pada Galaxy S4.

Salah satunya dikatakan adalah dimana pada Galaxy S4, Samsung akan menyertakan sokongan untuk mengesan gerakan mata, dan membuat tatalan secara automatik pada peranti berkenaan.

Sebagai contoh, sekiranya seseorang pengguna membaca sesuatu halaman, dan apabila sampai ke penghujungnya, peranti Galaxy S4 akan membuat tatalan ke halaman seterusnya secara automatik, tanpa memerlukan pengguna gerakan sebarang perkara.

Samsung dikatakan akan memperlihatkan dan mendemonstrasikan sokongan tersebut pada pelancaran Galaxy S4 pada minggu hadapan.

Samsung Galaxy S4 dijangka akan dilancarkan secara rasmi pada 15 Mac (waktu Malaysia), dan semestinya lebih banyak fungsi akan diperlihatkan pada tarikh tersebut.


TIPS & ULASAN