Cari @ Amanz

Assassin's Creed IVSeperti yang dinantikan, pihak Ubisoft kini telah pun menerbitkan dua video promosi pertama untuk permainan terbaru mereka, Assassin’s Creed 4 : Black Flag, yang mana akan dilancarkan secara rasminya pada 29 Oktober 2013 ini.

Permainan terbaru ini juga memfokuskan kepada watak protagonis baru, dinamakan sebagai Edward Kenway, yang mana merupakan salah seorang pembunuh yang dilatih oleh lanun. Permainan AC4 ini juga membawakan permainan berbentuk dunia terbuka, membolehkan pemain meneroka laut dan kawasan-kawasan baru dengan menaiki kapal layar dan sebagainya.

Permainan ini kelak akan menyokong PlayStation 3, PlayStation 4, Xbox 360, Wii U dan juga PC.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd