Cari @ Amanz

Kebolehan melihat maklumat aktiviti sesuatu akaun di GMail bukanlah sesuatu yang baru. Setelah diperkenalkan sejak dariapda tahun 2008 yang lepas, hari ini, Google menambah sokongan baru pada fungsi tersebut, membolehkan pengguna melihat maklumat sesuatu pelayar web dengan mudah.

GMail - Aktiviti Akaun

Melalui aktiviti akaun pada GMail, seseorang boleh mengetahui bilakah masa terakhir mereka mengakses akaun emel mereka, disamping melihat dari negara mana dan juga alamat IP yang digunakan. Dengan sokongan melihat pelayar web yang disertakan kini, ia sekaligus memudahkan pengguna dengan mudah mengetahui apakah pelayar web yang digunakan, serta memudahkan pengguna memantau aktiviti akaun emel GMail mereka.

Untuk melihatnya sendiri pada akaun GMail anda, pengguna hanya perlu log masuk akaun GMail, dan seterusnya klik pada pautan Details yang terletak pada penghujung bawah pada bahagian kanan.

Walaupun maklumat yang dipaparkan sedikit, tetapi ia amat berguna sekiranya akaun anda diceroboh, ataupun anda ingin log keluar daripada pelbagai sambungan lain dan sebagainya.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd