Dengan Galaxy S4 yang bakal diumumkan dan dilancarkan secara rasmi pada minggu hadapan, semestinya ramai yang menantikan bagaimanakah peranti tersebut akan kelihatan. Hari ini, pihak @EVLeaks yang pernah berkongsi beberapa gambar peranti jauh sebelum ia dilancarkan, turut berkongsi beberapa gambar baru, yang mana berkemungkinan adalah Galaxy S4.
Namun, berbeza dengan sebelum ini, pihak @EVleaks tidak mengeluarkan nama peranti, berkemungkinan disebabkan ia bukan versi akhir rekabentuk, ataupun mungkin mereka mempunyai sebab tersendiri untuknya.
Daripada apa yang diperlihatkan, Galaxy S4 kelihatan akan menyertkaan kamera 13-megapixel, paparan Super AMOLED dengan resolusi HD penuh, memori sebanyak 2GB RAM, pilihan ruangan storan bermula 16GB dan juga menjalankan Android 4.2 Jelly Bean.
Jadi, mungkinkah Galaxy S4 kelihatan seperti ini?