Twitter Mematikan Aplikasi TweetDeck Untuk Android Dan iOS

Twitter Mematikan Aplikasi TweetDeck Untuk Android Dan iOS

Diterbitkan pada Mac 5, 2013 oleh .

TwitterSelain daripada Posterous, kini pihak Twitter turut sama mengumumkan yang mana mereka akan mematikan aplikasi TweetDeck untuk iOS dan juga Android bermula bulan Mei ini. Selain itu, sokongan integrasi Facebook pada TweetDeck juga akan dimatikan pada aplikasi berkenaan.

Walaubagaimanapun, ia dikatakan sokongan untuk aplikasi desktop, iaitu untuk Mac dan juga Windows akan diteruskan, membolehkan pengguna menikmati perkhidmatan Twitter terus melalui aplikasi berkenaan. Aplikasi TweetDeck berasaskan web juga akan diteruskan, dan beberapa fungsi akan disertakan pada versi web, diikuti dengan versi Mac dan PC.

Akan dikeluarkan dari kedai aplikasi bermula Mei.Mungkin dengan mematikan aplikasi mudah-alih TweetDeck, ia akan membolehkan pihak Twitter hanya memfokuskan kepada satu aplikasi mudah-alih sahaja untuk setiap platform, dan memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik dikalangan pengguna Twitter. Pada masa yang sama, memandangkan aplikasi TweetDeck untuk iOS dan Android sendiri telah sekian lama tidak dikemaskini, maka mungkin ia tidak memberikan kesan yang besar dikalangan pengguna.


TIPS & ULASAN