Cari @ Amanz

Lanjutan daripada pengumuman sebelum ini, kini Opera Software telah pun mengeluarkan pelayar web versi Beta untuk para pengguna Android, dimana versi terbaru ini dijana menggunakan enjin WebKit menggantikan Presto sebelum ini.

Opera Android Webkit

Menurut pihak Opera, ia merupakan pelayar web terpantas yang pernah mereka keluarkan untuk Android, membolehkan pengguna melayari laman web dengan lebih pantas, disamping pada masa yang sama menjimatkan penggunaan data mereka.

Dari segi antaramuka, ia tidak begitu jauh berbeza dengan pelayar web Chrome untuk Android, dan Opera juga kelihatan menambah beberapa fungsi, termasuk sokongan Speed Dial, dan juga Discover, membolehkan pengguna mengikuti kandungan dan mengakses sesuatu web dengan lebih pantas.

Bagi pengguna Android yang berminat, boleh memuat-turun dan mencuba sendiri pelayar web Opera untuk Android yang berasaskan WebKit ini hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd