Aplikasi Instagram Di Ubah Dari Android Ke BlackBerry 10 – Sedia Dimuat-Turun

Aplikasi Instagram Di Ubah Dari Android Ke BlackBerry 10 – Sedia Dimuat-Turun

Diterbitkan pada Mac 5, 2013 oleh .

Pada BlackBerry 10, salah satu aplikasi yang dinantikan ramai adalah Instagram. Walaupun ia tidak dilancarkan secara rasmi buat masa ini, tetapi ia tidak menghentikan pembangun bebas hadir dengan versi port daripada Android, dan menawarkan ia untuk pengguna BlackBerry 10.

Instagram BlackBerry 10

Memandangkan ia adalah versi yang diubah daripada Android, maka antaramuka aplikasi untuk Instagram adalah sama, dan untuk memasangnya, pengguna perlu memuat-turun fail berformat .BAR tersebut, dan memasangnya secara manual menggunakan komputer atau Mac.

Ia turut dilaporkan versi ini turut berfungsi pada PlayBook. Tetapi, memandangkan ia bukanlah versi rasmi, maka mungkin terdapat beberapa masalah pada aplikasi berkenaan yang masih belum dikenal-pasti.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah pihak Instagram akan melancarkan aplikasi rasmi mereka untuk BlackBerry 10.

Muat-Turun Aplikasi Instagram Untuk BlackBerry 10


TIPS & ULASAN