Cari @ Amanz

Apple Mungkin Mengemaskini Keluarga Tablet Seawal Bulan April Ini?

Oleh Aman

Link Copied!

Desas-desus mengenai produk Apple bukanlah sesuatu yang baru, dan kini selain daripada berita mengenai iWatch, ia turut kedengaran Apple akan memperkenalkan kemaskini untuk keluarga tablet mereka seawal bulan April ini.

iPad 5?

Daripada apa yang kedengaran ia dikatakan Apple mungkin akan memperkenalkan kemaskini untuk iPad dan juga iPad Mini seawal bulan April ini. Sekiranya perkara ini benar, maka kita akan sekali lagi melihat Apple memperkenalkan kemaskini produk mereka dalam bentuk dua kali setahun, berbeza dengan sebelum-sebelum ini yang mana hanya sekali setahun.

Apakah yang akan dibawakan oleh kedua-duanya masih tidak diketahui sepenuhnya. Sebelum ini beberapa laporan mengatakan iPad Mini akan menerima kemaskini dengan skrin Retina, manakala iPad biasa mungkin akan membawakan rekabentuk yang menyerupai iPad Mini.

Selain daripada tablet, Apple juga dikatakan akan memperkenalkan iPhone 5S seawal bulan Ogos 2013 ini dengan cip pemprosesan dan kamera yang dikemaskini pada ia.


Komen ()