FoodPanda Memperkenalkan Aplikasi iOS Dan Android Untuk Pengguna Malaysia

FoodPanda Memperkenalkan Aplikasi iOS Dan Android Untuk Pengguna Malaysia

Diterbitkan pada Mac 5, 2013 oleh .

Jikalau sebelum ini pengguna hanya boleh membuat tempahan untuk makanan dari FoodPanda hanya melalui laman web mereka sahaja, kini, FoodPanda Malaysia turut sama memperkenalkan aplikasi khas untuk Android dan iOS, sekaligus memudahkan proses membuat tempahan dikalangan pengguna mereka.

Aplikasi FoodPanda Malaysia

Dengan aplikasi FoodPanda, pengguna boleh membuat tempahan dan pilihan makanan daripada hampir 200 restoran, termasuk beberapa yang popular, diantaranya Chicken Rice Shop, Burger Bakar Kaw Kaw, dan lain-lain.

Selain daripada aplikasi mudah-alih, pengguna juga boleh membuat tempahan makanan melalui panggilan telefon dengan mendail 03-26144155. Buat masa ini, penghantaran makanan melalui perkhidmatan FoodPanda masih terhad di beberapa kawasan Lembah Klang sahaja, dan dijangka akan diperluaskan ke beberapa buah bandar lain dalam beberapa bulan lagi.

Muat-Turun Aplikasi FoodPanda Malaysia untuk Android


Muat-Turun Aplikasi FoodPanda Malaysia untuk iOS


TIPS & ULASAN