Bagaimana Mengawal Dan Mengelakkan Pembelian Dalam Aplikasi Pada Android Dan iOS

Bagaimana Mengawal Dan Mengelakkan Pembelian Dalam Aplikasi Pada Android Dan iOS

Diterbitkan pada Mac 6, 2013 oleh .

Pada kebanyakkan aplikasi pada masa kini, salah satu sokongan popular yang didatangkan bersama adalah kebolehan pembelian dalam aplikasi (In-App Purchase), yang menjadikan pengguna kadang-kala risau apabila peranti mereka digunakan anak-anak ataupun adik-beradik.

Pada Android dan juga iOS, perkara ini boleh dikawal dan sekaligus mengelakkan daripada disalah guna oleh pengguna lain.

Pada Android, pengguna boleh menetapkan kata laluan khas untuk pembelian aplikasi dan kandungan dalam sesuatu aplikasi dengan mudah.

Untuk melakukannya, pengguna hanya perlu ke aplikasi Google Play Store, dan kemudiannya ke halaman “Settings”. Pada Settings, pengguna boleh menetapkan PIN, dan kemudian membuat tetapan untuk memerlukan angka PIN dimasukkan ketika pembelian.

Android - Kawal In-App

Pada iOS pula, proses mengelakkan pengguna membuat In-App Purchase adalah lebih mudah, dimana pengguna hanya perlu ke halaman Settings, dan pada bahagian General, pilih Restrictions. Setelah mengaktifkan “Enable Restrictions”, pengguna boleh mematikan sokongan “In-App Purchase” pada ia.

iOS - Kawal In-App

Walaupun sokongan In-App Purchase memudahkan pengguna menikmati sesuatu kandungan sebelum membuat pembelian, tetapi ia juga pada masa yang sama agak merisaukan ibu bapa apabila anak-anak mereka menggunakan peranti mereka. Dengan panduan ringkas ini, anda boleh mengawal pembelian dalam aplikasi, dan sekaligus mengelakkan daripada pembelian yang tidak diawasi anda berlaku.


TIPS & ULASAN