Cari @ Amanz

Maxis hanya akan membuka tawaran dan pelan untuk BlackBerry Z10 bermula 9 Mac kelak. Tetapi seperti biasa, syarikat telekomunikasi tersebut telah pun mula menghantar emel kepada Maxis One Club, dimana melaluinya, Maxis menawarkan peranti berkenaan pada harga bermula RM988.

Maxis One Club - BlackBerry Z10

Namun, seperti biasa, ahli Maxis One Club tertakluk kepada kontrak bersama Maxis selama 24 bulan, dan perlu melanggan pelan BBMore 148 yang mengenakan caj bulanan sebanyak RM148 sebulan.

Beberapa pilihan lain turut disertakan, termasuk pilihan langganan pakej bermula serendah RM55, tetapi seperti biasa memerlukan pengguna membayar harga peranti yang lebih tinggi, iaitu sekitar RM1888.

BlackBerry Z10 merupakan peranti pertama menggunakan platform BlackBerry 10, dimana membawakan pelbagai fungsi menarik, disamping antaramuka dan cara penggunaan yang sedikit berbeza berbanding beberapa platform mudah-alih popular hari ini. Di Malaysia, harga jualan saranan untuk BlackBerry Z10 adalah RM2188, dan akan ditawarkan secara eksklusif oleh Maxis selama sebulan, sebelum ditawarkan oleh DiGi dan Celcom bermula April kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd