Ketika CES 2013, salah satu peranti baru yang diperkenalkan oleh Acer adalah tablet pada harga bajet, iaitu Iconia Tab B1. Kini, tablet bersaiz 7-inci itu telah pun mula dijual di Malaysia, pada harga RM399.
Dari segi spesifikasi, tablet ini membawakan cip pemprosesan dwi-teras 1.2Ghz, memori sebanyak 512MB RAM, ruangan storan sebesar 8GB, serta dijana menggunakan Android 4.1 Jelly Bean.
Hasil percubaan kami secara ringkas di Mobile World Congress 2013, ia boleh dikatakan tablet ini boleh menjalankan beberapa aplikasi popular, disamping selesa untuk dipegang menggunakan sebelah tangan.
Bagi mereka yang berminat, boleh mendapatkannya daripada para pengedar rasmi Acer seluruh negara.