Kini, Terdapat Lebih 15 Juta Facebook Pages

Kini, Terdapat Lebih 15 Juta Facebook Pages

Diterbitkan pada Mac 6, 2013 oleh .

Angka pengguna berdaftar untuk Facebook telah pun melangkaui 1 bilion. Tetapi bagaimanakah pula dengan Facebook Pages? Mengikut angka yang dikongsikan Pengarah Perniagaan Kecil di Facebook, terdapat lebih 15 juta Facebook Pages pada hari ini.

Angka ini memperlihatkan peningkatan daripada angka 13 juta yang dikongsikan pada bulan Disember yang lepas.

Seperti semua sedia maklum, Facebook Pages adalah percuma untuk dibuka, dan berfungsi sebagai salah satu laman untuk perkongsian oleh organisasi, komuniti, dan juga sebagainya.

Beberapa jenama juga boleh dikatakan lebih aktif berinteraksi dengan pengguna mereka melalui Facebook Pages, disamping perniagaan kecil dan sederhana yang tidak ingin lepaskan peluang menggunakannya untuk berinteraksi dan menawarkan promosi.

Selain daripada itu, pihak Facebook juga turut berkongsi mengatakan aplikasi mudah-alih Facebook Pages Manager kini mempunyai lebih 8 juta pengguna seluruh dunia sejak dilancarkan pada suku keempat tahun lepas.


TIPS & ULASAN