Cari @ Amanz

Seperti mana yang dinantikan, hari ini Sonny Malaysia telah pun melancarkan telefon pintar yang dinantikan ramai, iaitu Xperia Z dan juga Xperia ZL. Kedua-dua peranti ini akan ditawarkan untuk pengguna tempatan bermula daripada 15 Mac ini.

Xperia Z Launch

Xperia Z membawakan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan HD penuh (1920×1080), kamera 13-megapixel, cip pemprosesan empat-teras 1.5Ghz, dan memori sebanyak 2GB RAM padanya. Sony mengatakan ketahanan baterinya adalah lebih 4 kali ganda baik apabila menggunakan Stamina Mode.

Xperia ZL pula adalah salah satu variasi daripada Xperia Z, dimana membawakan rekabentuk yang tidak kalis air, dan membawakan spesifikasi lebih kurang menyerupai Xperia Z.

Kedua-duanya dijana menggunakan Android 4.1 Jelly Bean, dan dikatakan akan menerima Android 4.2 tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd