Xperia Tablet Z Akan Ditawarkan Di Malaysia Bermula Suku Kedua Tahun 2013

Xperia Tablet Z Akan Ditawarkan Di Malaysia Bermula Suku Kedua Tahun 2013

Diterbitkan pada Mac 6, 2013 oleh .

Selain daripada pelancaran dua telefon pintar terbaru daripada Sony, pihak Sony Malaysia juga turut sama berkongsi berkenaan dengan tablet terbaru mereka, iaitu Xperia Tablet Z yang dijangka akan memasuki pasaran Malaysia bermula suku kedua tahun 2013 ini.

Xperia Tablet Z

Xperia Tablet Z membawakan skrin bersaiz 10.1-inci, dengan sokongan LTE pada ia. Rekabentuknya juga lebih nipis berbanding Xperia Z, serta membawakan rekabentuk yang kalis air dan juga debu.

Dari segi spesifikasi, ia dijana menggunakan cip pemprosesan empat0teras 1.5Ghz Snapdragon S4, memori sebanyak 2GB RAM, kamera belakang 8-megapixel, kamera hadapan 2-megapixel, serta membawakan Android 4.1 Jelly Bean.

Harga jualannya masih tidak dikongsikan buat masa ini.


TIPS & ULASAN