Angka Penggunaan Android Jelly Bean Terus Meningkat Sepanjang Bulan Lepas

Angka Penggunaan Android Jelly Bean Terus Meningkat Sepanjang Bulan Lepas

Diterbitkan pada Mac 6, 2013 oleh .

Dengan bermulanya bulan Mac, pihak Google sekali lagi telah mengeluarkan angka penggunaan versi Android mereka, sekaligus memperlihatkan penggunaan Android Jelly Bean terus meningkat, tetapi masih kekal didominasi oleh penggunaan versi Gingerbread dikalangan pengguna.

Daripada angka terbaru yang dikeluarkan, Android Jelly Bean meliputi sekitar 16.5%, manakala Android Ice Cream Sandwich meliputi sekitar 28.6%.

Gingerbread masih memegang angka penggunaan yang tertinggi dikalangan pengguna seluruh dunia, iaitu sekitar 44.2%.

Penggunaan Android : Mac 2013

Pada platform Android, salah satu masalah yang sering dihadapi adalah berkaitan dengan proses kemaskini, dimana sering berlaku penangguhan, disamping pengeluar peranti yang mengambil masa agak lama untuk mengoptimasikan sesuatu versi untuk peranti mereka.

Dalam beberapa bulan lagi, Google dijangka bakal memperkenalkan Android 5.0 kepada umum, dimana diura-ura akan dikenali sebagai “Key Lime Pie” kelak, disamping menyertakan pelbagai fungsi baru melaluinya.


TIPS & ULASAN