Tiga Syarikat Telekomunikasi Utama Didenda SKMM Berjumlah RM190,000

Tiga Syarikat Telekomunikasi Utama Didenda SKMM Berjumlah RM190,000

Diterbitkan pada Mac 6, 2013 oleh .

DiGi RM100,000; Celcom RM60,000; Maxis RM30,000Sebelum ini, kami pernah berkongsi berkenaan dengan laporan SKMM berkenaan dengan kadar terputusnya panggilan, dan lanjutan daripada itu, berdasarkan kepada pelbagai aduan dari pengguna, kini SKMM mengenakan kompaun kepada tiga syarikat telekomunikasi utama di Malaysia.

SKMM mengatakan mereka telah memberikan beberapa notis dan peringatan kepada pihak berkenaan. SKMM mengatakan kompaun dikeluarkan oleh mereka disebabkan syarikat telekomunikasi ini yang gagal untuk mencapai piawaian yang ditetapkan.

Daripada ketiga-tiga syarikat telekomunikasi, DiGi kelihatan menerima jumlah kompaun tertinggi, iaitu berjumlah RM100,000, diikuti oleh Celcom berjumlah RM60,000 dan Maxis berjumlah RM30,000.

Mungkin dengan pemantauan pihak SKMM dengan lebih baik, kelak kita akan dapat menikmati kualiti perkhidmatan yang lebih baik berbanding sebelum-sebelum ini. Syarikat telekomunikasi juga kelihatan akhir-akhir ini dalam usaha untuk menaik-taraf perkhidmatan mereka untuk menyokong rangkaian 4G.


TIPS & ULASAN