Cari @ Amanz

Google hari ini telah mula memperkenalkan kemaskini kepada halaman profil Google+, dimana pada bahagian atasnya, Google membolehkan pengguna menambah gambar latar yang bersaiz lebih besar berbanding sebelumnya, disamping menjadikan paparan profil dan Google+ Pages lebih menarik berbanding sebelumnya.

Google Plus Baru

Selain daripada perubahan tersebut, bahagian tab About di profil dan juga Pages turut sama menerima perubahan, dimana kini disusun dengan lebih teratur berbanding sebelumnya, memudahkan lagi seseorang pengguna mengenali yang lain dengan pantas.

Dan apabila pengguna meletakkan tetikus mereka pada gambar profil rakan yang lain, kini mereka boleh melihat lebih banyak info, disamping memulakan Hangout atau menghantar mesej dengan pantas.

Google Plus Baru

Jadi, apakah pendapat anda berkenaan dengan perubahan antaramuka ini? Adakah ia lebih menarik, ataupun anda mengemasi rekabentuk sebelum ini?

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd