Cari @ Amanz

Dengan peranti mudah-alih yang menerima skrin bersaiz besar dari hari ke hari, laporan terbaru mengatakan Samsung akan hadir dengan phablet bersaiz sekitar 5.9-inci pada tahun ini, berkemungkinan besar adalah dari keluarga Galaxy Note.

Seperti semua sedia maklum, Galaxy Note 2 yang diperkenalkan pada tahun lepas sedia membawakan skrin bersaiz 5.5-inci pada ia, dan masih diterima ramai pengguna tanpa masalah.

Samsung mengatakan pengguna meminati skrin bersaiz besar, dan pihak mereka juga akan memfokuskan untuk hadir dengan peranti seumpamanya.

Pada tahun ini, beberapa telefon pintar terbaru yang dilancarkan membawakan skrin bersaiz 5-inci, selain ZTE dan juga Huawei yang hadir dengan peranti bersaiz sekitar 6-inci.

Jadi, sekiranya Galaxy Note 3 kelak membawakan skrin bersaiz 5.9-inci, adakah ia akan kekal mempunyai peminatnya? Apa kata anda?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd