Cari @ Amanz

Bagaimana Mematikan Bunyi Ketika Menerima Notifikasi Di Laman Facebook?

Oleh Aman

Link Copied!

Bagi pengguna Facebook, mungkin anda perasan akan dimana akhir-akhir ini, sokongan bunyi telah diaktifkan ketika anda menerima notifikasi daripada laman tersebut. Jadi, bagaimanakah untuk mematikannya?

Para pengguna yang tidak berminat untuk mendengar sebarang bunyi ketika menerima notifikasi pada laman sosial berkenaan, kini boleh mematikannya terus daripada laman tetapan di Facebook.

Untuk mengaksesnya, klik pada butang tetapan, dan pilih Account Settings. Pada bahagian kiri, klik pada pilihan Notifications.

Seterusnya pada halaman Notifications, anda akan diperlihatkan dengan beberapa pilihan. Pada pilihan terawalnya, ia akan memaparkan pilihan untuk memainkan bunyi.

Untick pilihan tersebut, dan simpan pilihan anda. Anda tidak lagi akan menerima bunyi notifikasi selepas membuatnya.


Komen ()