Cari @ Amanz

Pada Windows 8, salah satu perkara yang kami kurang gemar adalah kerana tidak boleh menjalankan aplikasi Windows 8 (Metro) pada bahagian desktop. Namun, kini, dengan adanya perisian ModernMix, perkara tersebut tidak menjadi masalah lagi.

modernmix

Melalui ModernMix, pengguna boleh mengubah tetapan Windows, sekaligus membolehkan aplikasi Windows 8 (Metro) dijalankan pada tetingkapnya tersendiri pada bahagian desktop. Ini sekaligus memudahkan pengguna untuk menjalankan lebih daripada satu aplikasi pada sesuatu masa, dan menjadikan mereka lebih produktif lagi.

Daripada penggunaan kami, perisian ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah, malah pelbagai aplikasi dapat dijalankan pada sesuatu masa.

ModernMix

ModernMix ditawarkan secara percuma selama 30 hari, dan kemudiannya pengguna dikehendaki membayar sebanyak $4.99, yang mana kami rasakan agak berbaloi berbanding pelbagai perisian lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd