Asus MeMO Pad Smart 10 Berharga RM1099 Di Malaysia

Asus MeMO Pad Smart 10 Berharga RM1099 Di Malaysia

Diterbitkan pada Mac 7, 2013 oleh .

Asus MeMO Pad Smart 10Selain daripada Asus Memo Pad bersaiz 7-inci, kini Asus Malaysia juga turut sama telah mengumumkan variasi tablet dengan skrin lebih besar, iaitu 10.1-inci pada harga RM1099.

Dari segi spesifikasi, Asus MeMO Pad Smart 10 membawakan cip pemprosesan empat-teras 1.2GHz NVIDIA Tegra 3, memori sebanyak 1GB RAM, ruangan storan 16GB, skrin bersaiz 10.1-inci LED IPS (1280×800) dan juga dijana menggunakan sistem operasi Android 4.1 Jelly Bean.

Jadi, dengan spesifikasi dan harga yang dipaparkan, adakah peranti ini bersesuaian dengan anda, ataupun anda akan mendapatkan beberapa pilihan lain, termasuk Nexus 7 ataupun Acer Iconia Tab B1?


TIPS & ULASAN