Samsung Galaxy Grand Berharga RM1299 Di Malaysia

Diterbitkan pada Mac 7, 2013 oleh .

Lanjutan daripada pengenalan beberapa peranti termasuk Galaxy Grand tempoh hari di Samsung SEA Forum 2013, hari ini Samsung Malaysia berkongsi maklumat penjualan berkenaan dengan Galaxy Grand, yang mana membawakan harga jualan saranan RM1299 untuk pasaran Malaysia.

Samsung Galaxy Grand

Galaxy Grand merupakan peranti bersaiz 5-inci dengan resolusi 480×800 pixel, cip pemprosesan dwi-teras 1.2Ghz, kamera belakang 8-megapixel, kamera hadapan 2-megapixel dan dilengkapi dengan Android 4.1.2 Jelly Bean. Samsung Galaxy Grand juga sesuai untuk mereka yang memiliki lebih dari satu kad-SIM, memandangkan ia datangnya dengan sokongan dwi-SIM.

Fungsi-fungsi TouchWiz yang menarik seperti Multi-Window dan lain-lain turut disertakan pada peranti ini.

Bagi mereka yang inginkan telefon pintar dengan skrin bersaiz besar pada harga bajet, mungkin boleh menyemak Samsung Galaxy Grand ini daripada pengedar rasmi Samsung di seluruh negara.

TIPS & ULASAN