MWC 2013 – Acer Liquid E1

MWC 2013 – Acer Liquid E1

Diterbitkan pada Mac 7, 2013 oleh .

Acer selain daripada mengeluarkan beberapa komputer riba sebelum ini, pada tahun ini nampaknya turut sama memfokuskan kepada arena mudah-alih, dimana selain daripada tablet dan beberapa telefon pintar sebelum ini, mereka turut memperlihatkan Acer Liquid E1 pada Mobile World Congress 2013 yang diadakan pada minggu lepas.

Acer Liquid E1

Acer Liquid E1 telah diumumkan secara rasminya pada bulan Januari 2013 ini, dimana membawakan skrin bersaiz 4.5-inci dengan paparan 540×960 pixel, dijana menggunakan cip pemprosesan dwi-teras 1GHz, memori sebanyak 1GB RAM, serta didatangkan bersama-sama kamera belakang 5-megapixel dan juga kamera hadapan VGA. Daripada spesifikasi sendiri, ia dapat dilihat yang mana Liquid E1 ini adalah peranti bajet daripada Acer.

Menariknya pada Acer Liquid E1 adalah dimana ia membawakan antaramuka asas Android, dengan sedikit perubahan dan penambahan daripada pihak Acer.

Acer Liquid E1Salah satu sokongan yang diminati kami adalah fungsi baru dinamakan sebagai Float Call. Melalui fungsi ini, ia membolehkan pengguna dipaparkan dengan sebuah pop-up kecil apabila mereka menerima panggilan ketika menggunakan sebarang aplikasi. Ia boleh dikatakan salah satu fungsi yang amat berguna terutamanya apabila pengguna sedang melihat sesuatu aplikasi dan tidak ingin diganggu dengan panggilan dan sebagainya.

Selain itu, memandangkan ia menyertakan sokongan dwi-SIM, pengguna juga dipaparkan dengan talian yang digunakan ketika menghantar SMS, sekaligus memudahkan mereka memantau penggunaan talian mereka. Pada bahagian skrin kunci juga, pihak Acer menyertakan sebuah pop-up kecil, membolehkan pengguna melihat dengan pantas notifikasi penting mereka, iaitu SMS dan juga panggilan yang terlepas, tanpa perlu untuk memasukki ruangan notifikasi.

Acer juga boleh dipuji dari segi rekabentuk peranti dan keselesaan di atas tangan, dimana ia kelihatan agak menarik dan selesa, berbeza dengan kebanyakkan peranti bajet di pasaran pada hari ini.

Buat masa ini, masih tidak diketahui bilakah Acer akan mula menjualnya dipasaran tempatan, dan berapakah harga jualannya di Malaysia kelak.

Acer Liquid E1

Liputan dari Mobile World Congress 2013 dibawakan oleh Acer Malaysia, khas untuk pembaca Amanz.


TIPS & ULASAN