Cari @ Amanz

Hari ini, pihak Facebook secara rasminya memperkenalkan rekabentuk antaramuka baru untuk bahagian News Feed mereka, dimana membawakan rekabentuk yang konsisten diantara pengguna desktop dan juga pengguna peranti mudah-alih.

Facebook News Feed

Facebook News Feed

Facebook mengatakan melalui News Feed baru ini, pengguna boleh dengan mudah memfokuskan kepada kandungan, disamping membawakan paparan yang lebih besar untuk gambar.

Selain daripada gambar, untuk perkongsian kandungan juga diberikan perhatian, dimana kini Facebook turut menyertakan paparan gambar yang lebih besar, disamping menyertakan ringkasan kandungan yang lebih panjang berbanding sebelumnya. Logo sesuatu penerbitan juga turut dipaparkan pada bahagian tepi, membolehkan pengguna mengetahui dari manakah sesuatu artikel dikongsikan dengan mudah.

Apabila rakan-rakan anda berkongsi sesuatu kandungan yang sama, maka ia disusun dengan lebih rapi, dimana gambar profil diperlihatkan pada bahagian tepi kandungan, berbeza dengan sekarang ini yang agak tidak menarik untuk dilihat.

Facebook News Feed

Dan apabila pengguna “Like” sesuatu Pages, atau menambah rakan baru, kini paparan gambar pengguna turut sama memperlihatkan gambar Cover Photo, sekaligus menjadikan paparan lebih menarik, berbeza dengan sebelumnya.

Facebook News Feed

Melalui News Feed baru ini, ia dikatakan membolehkan pengguna mengikuti pelbagai perkembangan disekitar mereka dalam antaramuka yang lebih baik.

Rekabentuk antaramuka News Feed baru ini bakal diperkenalkan kepada semua secara berperingkat bermula hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd