Aplikasi Facebook Untuk Android Dan iOS Akan Menerima Kemaskini News Feed Dalam Beberapa Minggu Lagi

Aplikasi Facebook Untuk Android Dan iOS Akan Menerima Kemaskini News Feed Dalam Beberapa Minggu Lagi

Diterbitkan pada Mac 8, 2013 oleh .

Dengan pengenalan rekabentuk antaramuka News Feed baru oleh Facebook, salah satu perkara yang ditekankan adalah berkenaan dengan antaramuka yang selari diantara pelbagai saiz peranti. Namun, walaupun versi web menerima kemaskini bermula hari ini, tetapi untuk aplikasi Android dan iOS, ia hanya akan diperkenalkan dalam beberapa minggu lagi.

Facebook News Feed

Buat masa ini, tiada sebarang tarikh yang diberikan oleh pihak Facebook.

Melalui rekabentuk antaramuka baru, pihak Facebook menekankan yang mana pengguna akan lebih mudah untuk mengikuti perkembangan rakan-rakan ataupun daripada web, selain pada masa yang sama, tidak lagi perlu ke halaman utama untuk bernavigasi ke halaman lain, seperti sekarang ini.

Untuk versi web, kemaskini dijangka akan diperkenalkan secara berperingkat bermula hari ini, dan bagi yang berminat, boleh mendaftarkan minat kepada Facebook untuk menerimanya terlebih dahulu, melalui sebuah halaman khas yang disediakan oleh pihak Facebook.


TIPS & ULASAN