YouTube Memperkenalkan Rekabentuk Saluran Baru – YouTube One Channel

YouTube Memperkenalkan Rekabentuk Saluran Baru – YouTube One Channel

Diterbitkan pada Mac 8, 2013 oleh .

YouTube One ChannelSetelah memperlihatkan beberapa saluran dengan sokongan rekabentuk antaramuka baru pada YouTube, kini pemilik saluran di YouTube boleh mengaktifkan rekabentuk baru ini pada saluran mereka, dan memperlihatkan saluran YouTube mereka dalam bentuk yang lebih menarik lagi.

Melalui rekabentuk YouTube One Channel ini, ia membawakan rekabentuk yang selari diantara desktop, tablet dan juga telefon pintar, disamping membolehkan pemilik menambah sebuah gambar besar pada bahagian header, sekaligus memberikan lebih idea berkenaan dengan saluran mereka itu.

Bagi pemilik saluran YouTube yang berminat, boleh mengaktifkan rekabentuk baru ini untuk saluran mereka serta-merta melalui laman YouTube One Channel.

Jadi, apa pendapat anda berkenaan dengan rekabentuk baru YouTube ini?


TIPS & ULASAN