Maxis Mengumumkan Tawaran Peranti BlackBerry Z10 Secara Eksklusif Di Malaysia

Maxis Mengumumkan Tawaran Peranti BlackBerry Z10 Secara Eksklusif Di Malaysia

Diterbitkan pada Mac 8, 2013 oleh .

Hari ini, Maxis secara rasminya mengumumkan pelancaran peranti BlackBerry Z10 secara eksklusif oleh mereka, sekaligus akan memulakan penjualan peranti BlackBerry Z10 yang menggunakan sistem operasi terbaru, BlackBerry 10 di Malaysia.

Maxis BlackBerry Z10

Peranti ini bakal ditawarkan melalui pengedar rasmi Maxis seluruh negara bermula esok – 9 Mac 2013 pada harga bermula serendah RM1268 untuk pengguna biasa, dan serendah RM988 untuk para pelanggan Maxis One Club.

Maxis BlackBerry 10

Selain daripada untuk pelanggan pascabayar, Maxis juga turut menawarkan peranti mereka dengan pilihan pelan Hotlink, khas untuk pelanggan prabayar BlackBerry sedia ada mereka, dimana mereka boleh mendapatkan peranti BlackBerry Z10 pada harga RM1888 (RM1688 dengan rebat SKMM). Namun, tawaran ini hanya bermula daripada 9 Mac hingga 30 April sahaja dan untuk pelanggan pakej prabayar BlackBerry sedia ada. Untuk pelanggan Hotlink biasa dan baru, ia ditawarkan pada harga RM2188 (RM1988 dengan rebat SKMM).

Seperti semua sedia maklum, BlackBerry Z10 membawakan beberapa fungsi menarik, termasuk papan kekunci yang menarik, sokongan BlackBerry Hub, selain beberapa fungsi popular, termasuk BlackBerry Messenger yang kini didatangkan dengan sokongan panggilan video.


TIPS & ULASAN