Maxis Mengumumkan Beberapa Aplikasi Untuk BlackBerry 10

Maxis Mengumumkan Beberapa Aplikasi Untuk BlackBerry 10

Diterbitkan pada Mac 8, 2013 oleh .

Bersama-sama dengan pelancaran peranti BlackBerry Z10, pihak Maxis juga turut sama mengumumkan yang mana mereka turut sama menyediakan beberapa aplikasi khas di BlackBerry World, yang sedia untuk dimuat-turun oleh pengguna BlackBerry 10 hari ini.

Maxis BlackBerry 10

Antara aplikasi yang ditawarkan adalah termasuk MyMaxis (aplikasi khidmat pelanggan), Maxis PayPal (membolehkan pengguna membayar bil menggunakan akaun PayPal), MyHealthy Heart (aplikasi berkaitan kesihatan), FINDER 301 (aplikasi berasaskan lokasi), Maxis BPL 2013 (aplikasi berkaitan Liga Perdana Inggeris), dan juga Maxis Rewards (aplikasi untuk ganjaran dan sebagainya).

Untuk makluman, ini bukanlah kali pertama mereka menawarkan peranti dengan aplikasi khas, dimana sebelum ini Maxis turut sama pernah menawarkan beberapa aplikasi khas untuk pengguna iPhone dan juga Samsung Galaxy S3.

Bagi pengguna BlackBerry 10, mungkin sekiranya anda berminat, boleh memuat-turun aplikasi yang ditawarkan Maxis ini secara percuma daripada BlackBerry World hari ini.


TIPS & ULASAN