DiGi Bakal Menawarkan BlackBerry Z10 Pada Harga Serendah RM8xx?

DiGi Bakal Menawarkan BlackBerry Z10 Pada Harga Serendah RM8xx?

Diterbitkan pada Mac 8, 2013 oleh .

Seperti semua sedia maklum, Maxis telah pun melancarkan dan akan menawarkan peranti BlackBerry Z10 secara eksklusif bermula esok di Malaysia untuk tempoh sebulan. Namun, ia tidak menghentikan DiGi untuk turut keluar dengan iklan khas untuk menarik perhatian ramai.

DiGi BBZ10

Melalui halaman Facebook mereka, DiGi memaparkan sebuah gambar khas, mengatakan mereka akan mula menawarkan BlackBerry Z10 pada harga serendah RM8xx. Tiada sebarang pelan dan pakej yang diumumkan oleh DiGi buat masa ini.

BlackBerry Z10 adalah peranti terbaru menggunakan sistem operasi BlackBerry 10, dimana membawakan beberapa fungsi baru, termasuk sokongan BlackBerry Hub, BBM dengan video, dan antaramuka yang lebih menarik berbanding sebelum-sebelum ini.

DiGi dan Celcom akan mula menawarkan peranti BlackBerry Z10 ini untuk pelanggan mereka bermula daripada 8 April kelak.


TIPS & ULASAN