Aplikasi 9GAG Rasmi Untuk Android Dilancarkan

Aplikasi 9GAG Rasmi Untuk Android Dilancarkan

Diterbitkan pada Mac 8, 2013 oleh .

Selepas pihak 9GAG hadir dengan aplikasi rasmi untuk para pengguna peranti iOS, kini, hari ini mereka turut sama melancarkan aplikasi rasmi mereka untuk para pengguna Android, membolehkan para peminat laman perkongsian gambar terkemuka itu mengikuti pelbagai kemaskini terus pada peranti mudah-alih mereka.

9GAG Android

Menggunakan aplikasi 9GAG untuk Android ini juga, para pengguna boleh turut log masuk, serta mengundi gambar yang mereka gemari, disamping meninggalkan komen dan juga berkongsi ke laman-laman sosial yang lain.

Bagi para pengguna Android yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma daripada Google Play Store hari ini.

Muat-Turun Aplikasi 9GAG Untuk Android


TIPS & ULASAN