Cari @ Amanz

Selain daripada peranti terbaru mereka, Acer Liquid E1 dan juga Acer Iconia Tab B1, pihak Acer juga turut sama memperlihatkan dua telefon pintar berasaskan Android di Mobile World Congress 2013, iaitu Acer Liquid Z2 dan juga Acer Liquid C1.

Seperti semua sedia maklum, Acer Liquid Z2 merupakan peranti bajet daripada Acer, yang mana akan mula dijual tidak lama lagi di pasaran Malaysia pada harga RM399.

Acer Liquid Z2

Acer Liquid Z2

Acer Liquid Z2 membawakan cip pemprosesan 1GHz, dilengkapi memori sebanyak 512MB RAM, kamera belakang 3-megapixel, dan skrin bersaiz 3.5-inci. Menariknya, ia boleh dikatakan salah satu peranti berasakan Android 4.1 Jelly Bean pada harga bajet, selain dilengkapi dengan beberapa fungsi menarik.

Peranti yang menggunakan dwi-SIM ini membawakan antaramuka asas Android, tetapi pada masa yang sama turut menyertakan sebuah mod khas, dinamakan sebagai Quick Mode, membolehkan pengguna telefon bimbit sedia ada memahami dan mengendalikan peranti Liquid Z2 ini dengan lebih mudah. Fungsi rakaman 2.5D juga merupakan salah satu perkara yang menarik pada peranti ini, membolehkan pengguna merakamkan gambar dalam bentuk yang lebih menarik, selain sokongan rakaman panoram terbina pada Jelly Bean.

Acer Liquid C1 pula merupakan peranti berasaskan cip pemprosesan Intel dan dikatakan akan dijual di pasaran Malaysia pada harga dibawah RM1000.

Acer Liquid C1

Acer Liquid C1 menggunakan cip pemprosesan Intel Atom 1.2GHz, memori sebanyak 1GB RAM, kamera belakang 8-megapixel dan kamera hadapan VGA. Peranti ini turut dilengkapi dengan bateri berkapasiti 2,000mAh, dan menjalankan Android 4.0 Ice Cream Sandwich (akan boleh dikemaskini kepada Jelly Bean).

Berbeza dengan Acer Liquid Z2, perubahan pada Liquid C1 tidak begitu kelihatan, berkemungkinan akan didatangkan bersama-sama kemaskini Jelly Bean kelak.

Acer Liquid C1

Kedua-dua peranti ini dijangka akan berada di pasaran Malaysia seawal bulan ini, dan harga Acer Liquid C1 masih belum disahkan buat masa ini, berbeza dengan Acer Liquid Z2 yang sedia diketahui akan dijual pada harga RM399.

  • Info
  • Liputan dari Mobile World Congress 2013 dibawakan oleh Acer Malaysia, khas untuk pembaca Amanz.
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd