HTC One SV Mula Dijual Pada Harga RM1299 Di Malaysia

HTC One SV Mula Dijual Pada Harga RM1299 Di Malaysia

Diterbitkan pada Mac 8, 2013 oleh .

Minggu ini boleh dikatakan pelbagai peranti baru dilancarkan untuk pasaran tempatan, dimana selain daripada Acer Iconia Tab B1, Samsung Galaxy Grand dan juga Asus MeMO Pad Smart 10, kini HTC turut sama memulakan jualan HTC One SV.

HTC One SV

Untuk makluman, ini bukanlah peranti variasi HTC One yang diumumkan baru-baru ini, tetapi boleh dikatakan model versi bajet daripada HTC yang diperkenalkan pada November tahun lepas, dan hanya mula dijual pada awal tahun ini.

HTC One SV membawakan skrin bersaiz 4.3-inci dengan resolusi 480×800 pixel, cip pemprosesan dwi-teras 1.2Ghz, memori sebanyak 1GB RAM, kamera belakang 5-megapixel, kamera hadapan 1.6-megapixel, serta turut dilengkapi dengan sokongan Beats Audio. Menariknya, ia turut membawakan sokongan LTE pada peranti ini.

Jadi, bagi anda, adakah akan memilih Samsung Galaxy Grand ataupun HTC One SV, ataupun akan menantikan HTC One mula dijual di pasaran Malaysia bermula penghujung April kelak?


TIPS & ULASAN