Cari @ Amanz

Aplikasi WhatsApp telah pun dikatakan akan hadir untuk pengguna BlackBerry 10 dalam masa seminggu lagi, namun, ia tidak menghentikan pembangun bebas hadir dengan aplikasi alternatif untuknya, dipanggil sebagai OpenWhatsApp. Selain BlackBerry 10, aplikasi sama juga turut ditawarkan untuk pengguna Nokia N9.

OpenWhatsApp

Untuk makluman, OpenWhatsApp berasaskan kepada Wazapp yang telah diperkenalkan untuk Nokia N9 sebelum ini. Memandangkan pada awalnya, pihak WhatsApp mengumumkan ketiadaan perancangan untuk platform BlackBerry 10, maka pembangunan ini telah dimulakan, dan kini sedia untuk diuji ramai. Menariknya, ia turut membawakan antaramuka yang dioptimasikan untuk BlackBerry 10, berbeza dengan aplikasi yang di port daripada Android.

Melalui halaman rasmi OpenWhatsApp, pengguna boleh memuat-turun aplikasi ini untuk BlackBerry 10 dan juga Nokia N9, disamping bagi para pembangun pula, boleh menyertai pembangunanya dan membantu pengguna beberapa platform menikmati sokongan komunikasi melalui WhatsApp.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd