Bola Kampung : RoboKicksAnimasi Studio bakal hadir dengan filem animasi terbaru mereka tidak lama lagi, dan sebagai langkah awal untuk promosi, mereka kini turut menyediakan sebuah aplikasi berbentuk permainan untuk pengguna iOS yang sedia dimuat-turun semua secara percuma.

Melalui Bola Kampung : Robokicks ini, ia membolehkan para pemain membawa watak animasi ini, dan mengawal mereka mengubah menjadi robot dengan beberapa kebolehan menarik, dan mengalahkan yang lain menggunakannya. Walaupun ia membawakan permainan berbentuk 2D, tetapi turut disertakan bersama-sama grafik dalam bentuk 3D pada ia.

Bagi para pengguna iOS yang berminat, anda boleh memuat-turun permainan ini secara percuma daripada AppStore untuk iPhone dan juga iPad.

Muat-Turun Bola Kampung : Robokicks di AppStore

Tips daripada Kerel

TIPS & ULASAN