Aplikasi CCleaner Bakal Hadir Untuk Android Tidak Lama Lagi

Aplikasi CCleaner Bakal Hadir Untuk Android Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Mac 9, 2013 oleh .

CCleaner AndroidCCleaner merupakan salah satu perisian yang popular dikalangan pengguna Windows, membolehkan perisian tersebut membuang data-data dan fail yang tidak digunakan, disamping menjimatkan dan melajukan sistem operasi anda. Kini, perisian tersebut dijangka akan diperkenalkan untuk para pengguna Android tidak lama lagi.

Daripada apa yang dikongsikan pihak Piriform (pembangun CCleaner), aplikasi ini dikatakan akan membolehkan pengguna membuang apa yang tidak digunakan pada peranti mereka, sekaligus menjadikan peranti Android mereka berjalan lancar seperti peranti baru.

Buat masa ini, pihak pembangunnya masih tidak berkongsi akan mengenai bilakah aplikasi akan dilancarkan.

Jadi, sekiranya ia dilancarkan, adakah anda akan menggunakannya, ataupun anda sedia mempunyai aplikasi alternatif untuk tujuan tersebut?


TIPS & ULASAN