Pelajar Politeknik Muadzam Shah Hadir Dengan Aplikasi E-Tajwid Untuk Android

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Hadir Dengan Aplikasi E-Tajwid Untuk Android

Diterbitkan pada Mac 9, 2013 oleh .

Hari ini, boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satu yang terkini daripada pelajar tahun akhir Polteknik Muadzam Shah adalah aplikasi E-Tajwid untuk para pengguna Android.

eTajwid Untuk Android

Melalui aplikasi E-Tajwid untuk Android ini, ia menawarkan beberapa maklumat berkenaan penggunaan Tajwid, dimana selain penerangan dalam bentuk teks, ia turut menawarkan dalam bentuk audio. Namun, ketika ujian kami, kami menghadapi sedikit masalah semasa ingin mengakses versi audionya (berkemungkinan kerana masalah internet di pihak kami).

Pembangunnya juga mengatakan aplikasi ini telah disemak oleh Ketua Jabatan Pengajian Am di polteknik berkenaan, selain memenangi Hari Inovasi Polteknik Muadzam Shah. Pada masa yang sama, pembangunnya juga turut sama membuka peluang kepada pembangun aplikasi di platform lain, dalam bekerjasama dan membawakan aplikasi tersebut ke pelbagai platform berbeza.

Buat masa ini, aplikasi ini masih belum diterbitkan di Google Play Store, dan memerlukan pengguna untuk memuat-turun aplikasi ini dalam bentuk APK, dan memasangnya pada peranti Android anda.

E-Tajwid Android

E-Tajwid Android

Muat-Turun Fail APK Untuk E-Tajwid

Rujuk : Pengumuman pelancaran dari pembangun E-Tajwid


TIPS & ULASAN